Tipografi bermaksud seni memilih dan mengatur huruf. Seni ini penting kerana hampir semua jenis rekaan grafik menggunakan huruf untuk memberi makna dan maklumat. Melalui muka taip yang sempurna penyampaian maklumat dapat disampaikan dengan sempurna.
1. Pemilihan huruf
klasifikasi huruf dibuat berdasarkan atas latar belakang sejarah perkembangan tipografi yang diambil dari momentum-momentum penting dalam perjalanan sejarah penciptaan dan pengembangan bentuk huruf .Selain perbezaan desing, kadang ditemui juga perbezaan ukuran x-height.
2. Mereka letak
perisian persembahan elektronik ialah ilmu atau kemahiran yang digunakan untuk meletak dan menyusun media pada paparan bagi membentuk persembahan yang menarik. Mereka letak ini dapat digunakan dalam untuk menghasilkan persembahan powerpoint yang baik, prinsip-prinsip berikut perlu dipertimbangkan iaitu contrast, Alignment, simplicity, proximity, emphasis dan repition. Alignment (Susunan Lurus) ialah setiap item yang hendak diletakkan dalam muka perisian perlulah seimbang dengan muka perisian agar kelihatan menarik manakala Simplicity (Mudah) ialah Grafik dan animasi perlu ringkas dan dapat merangsangkan pengguna memahami maksud yang hendak disampaikan. Penggunaan grafik dan elemen media dalam perisian yang dibina perlulah membantu pengguna melayari perisian dengan mudah. Disamping itu,Proximity (Berhampiran) merupakan Item yang digunakan dalam muka perisian perlulah dikumpulkan pada satu kawasan, supaya pengguna dapat melihat kesinambungan yang wujud antara item. Item-item yang berkaitan dilihat sebagai satu kumpulan dan tidak terpisah-pisah. Emphasis (Penekanan) sesuatu pembangun perisian tidak menggunakan terlalu banyak elemen sampingan untuk menarik perhatian pengguna, yang mana akan menyebabkan tumpuan pengguna lebih kepada elemen sampingan dan akhir sekali repetition (Pengulangan) yang membawa maksud pengulangan menggunakan persembahan media yang berlainan akan membantu pemahaman pengguna. Pembangun perisian boleh menggunakan perulangan media teks, audio, grafik dan video untuk menyampaikan mesej yang sama.
3. Warna
Warna merupakan elemen penting dalam mereka bentuk grafik yang sangat menarik. Ia boleh merubah elemen- elemen lain apabila elemen itu digunakan. Selain itu ia boleh menyerlahkan sesuatu imej tipografi. Warna dalah untuk menarik perhatian dan menunjukkan bahan- bahan yang penting dalam visual. Apabila warna digunakan untuk tulisan tajuk utama visual mestilah berlatar belakangkan grafik tersebut. Warna terdiri warna primer, sekunder, warna tertiar, analog dan komplementari. Warna dapat menjelaskan konsep atau menunjukan penegasan.
4. Animasi
Animasi dapat membantu pelajar menjelaskan sesuatu konsep yang abstrak. Ia juga digunakan untuk membantu komunikasi verbal. Animasi yang berlebihan akan menggangu tumpuan dan perhatian pelajar.
No comments:
Post a Comment