Saturday, October 23, 2010

Realisme dalam visual

Realisme dalam visual bermaksud rangsangan yang terdapat dalam sesuatu yang boleh memudahkan guru menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan lebih berkesan. Rangsangan ini akan membantu mengkonkritkan maklumat atau konsep yang abstrak. Contohnya rangsangan ialah warna, gambar sebenar dan lain- lain. Mengikut konsepnya ialah realisme adalah perkataan perancis yang berasal dari bahasa ‘latin’. Realia yang bermaksud barang atau perkara- perkara yang sebenar- benarnya. Realism telah dimaksudkan sebagai pelajaran atau fahaman tentang keadaan sebenar- benarnya, cara berfikir dan kesenian yang berpegang betul- betul kepada kebenaran yang nyata dan kepada penyaksian pancaindera. Dengan kata lain realism ialah falsafah yang mengkaji wujudnya dunia dan segala makhluknya dan hubungannya antara satu sama lain. Pendidikan mengikut aliran realism ini adalah berdasarkan tiga asas yang penting iaiatu kesanggupan memiliki berbagai ilmu pengetahuan dan pengertian yang dalam tentang pelajaran- pelajaran seperti ilmu dan ilmu bumi. Manakala bahasa ibunda digunakan juga sebagai alat untuk memperolehi pengetahuan bahasa latin dan greek dan pengajaran adalah didasarkan atas kaedah pengamatan, pengalaman dan induksi.



Teori realisme dapat dikaitkan dengan bahan bantu mengajar kerana menggunakan media pengajaran yang berteraskan realisme. Teori ini menggunakan yang mempunyai elemen reka bentuk visual yang mempunyai perkiatan antara konsep iaitu dalam elemen visual yang bergantung kepada situasi tertentu. Visual realistik ialah dengan menunjukan kajian objek sebenar ia menggunakan warna yang realistik bagi membolehkan meningkatkan darjah realisme yang merupakan tujuan untama pengajaran berwarna. Contohnya dalam raja yang berbeza diantara gambar realistic dan gambar abstrak. Penggunaan teori realisme visual ini ialah dalam pengajaran ia dilakukan iaitu dengan memaparkan menrsuia penggunaan kamera atau perakam video kamera dikalangan pelajar untuk mereka cipta dan mempersembahkan idea dan cadangan secara berurutan. Jadi ia juga menyediakan panduan konkrit sesuatu idea. Ia juga dapat memotivasikan pelajar dengan cara menarik perhatian, mengekalkan perhatian dan menghasilkan maklum balas secara emosi. Teori ini dalam BBM ia dapat membantu pelajar dalam menghuraikan maklumat yang sukar difahami. Sebagai contohnya, melalui gambarajah maklumat boleh disimpan dan boleh dikeluarkan semula, gambarajah berfungsi menyusun fungsi seperti carta alir dan garisan masa. Pelajar – pelajar akan lebih memahami mengenai sesuatu pembelajaran yang dilakukan.

No comments:

Post a Comment